Asal-usul konsep Hos (rangkaian)

Istilah "hos terminal" menandakan komputer berbilang pengguna atau perisian yang membekalkan perkhidmatan kepada terminal komputer, atau komputer yang membekalkan perkhidmatan kepada peranti yang lebih kecil atau kurang berupaya.[1]

Istilah "hos" digunakan dalam sebilangan dokumen Request for Comments (RFC) yang menentukan Internet dan pendahulunya, ARPANET. Latar belakangnya, semasa ARPANET dibangunkan, komputer yang disambungkan kepada rangkaian itu biasa merupakan sistem komputer kerangka utama yang dapat dicapai dari terminal yang disambungkan menerusi port bersiri. Oleh sebab terminal dungu itu tidak mengandungi sebarang perisian atau melakukan sebarang pengiraan pada dirinya, ia tidak dianggap sebagai hos. Terminal tersebut tidak disambungkan kepada rangkaian, serta juga tidak diumpukkan alamat IP.